pejam celik final exam start hari senin ni, fb dijadikan sarapan pagi sebagai pencegah mengantuk dek study di malam hari, aih~ kasi selit blog sket ler kali ni...hehhe
well, pejam celik pejam celik da 3 tahun aku hidup dalam dunia ketenteraan yang penuh pusing dan ribut ni. macam-macam dugaan ditelan dimuntah dijilat. Mengikut jadual dan mmg sudah tertulis dalam kalendar universiti, tahun depan aku bakal ditauliahkan sebagai pegawai tentera berpangkat kapten IF AND ONLY IF aku berjaya tamatkan akademik aku. Berita tentang keadaan yang bakal menanti semasa melapor diri ke unit tentera nnt amat tidak boleh diterima akal, tetapi aku percaya bahawa satu hari nanti keadaan ini akan berubah apabila kami menguasai pucuk pimpinan kelak, InsyaAllah. Ilmu penyuluh masa depan. Bukan kekuatan yang memain peranan sepenuhnya.
Dah la, benci la cerita pasal askar ni, pejam celik lagi, lagi sebulan setengah aku bakal menghirup udara segar dari luar kem tentera selama 6 bulan. yes 6 bulan sudah cukup heaven bagi kami. dunia baru. Tetapi itu bukan perkara utama kerana kami bakal menghadapi suasana dan cabaran latihan industri ditambah dengan terdesak menyiapkan projek sarjana muda kelak. mampukah kami, ataupon mampukah aku yang lagi penting?
5/7 - 10/12
pejam celik, da kol 9 lebih da...masih dihujani dengan panggilan dari rakan2 akan kelas bakal dilangsungkan dimana, dengan siapa, jam berapa, pergi matilah. serabut weyh nak study ni..:P ckp sekali sudeyh~ xpe, aku xkisah pon..hahahha...rakan-rakan sangat nakal bersama diri yang lemah ni. melihatkan jam ditangan, agak lewat nak start sudy ni...kahkahkah..
semoga ketemu lagi kawan-kawan.
sekitar lawatan kadet dari united states airforce academy ke upnm.
wassalam.
bye